Home » Langit Terbuka » Harap kerajaan baharu perkasa Melayu, Islam

Harap kerajaan baharu perkasa Melayu, Islam

Aminuddin Yahaya

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diharap dapat lebih memperkasakan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Timbalan Presiden katan Muslim Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, di samping konsep ‘Good Governance’, memperkasa ekonomi dan perangi rasuah diperjuangkan Harapan, masyarakat melayu dan Islam turut berharap kerajaan baharu itu mengekalkan agenda Melayu dan Islam.

“Kami berharap Tun Mahathir tidak tunduk atau ditekan oleh pemimpin bukan Islam kerana ramai kalangan ahli-ahli parlimen Harapan adalah dalam kalangan bukan Islam.

Ramai kalangan rakyat menyuarakan kegusaran mereka dan mengharapkan kerajaan Harapan tidak mengubah banyak perkara termasuk hal berkaitan agama Islam,”katanya.

Tambah Aminuddin, beliau berkata hal berkaitan agama Islam adalah isu yang perlu ditekankan sepertimana sokongan merka untuk mengekang rasuah.

Sementara itu, mengulas tentang 10 portfolio kementerian yang telah diumumkan Perdana Menteri hari ini, Aminuddin berkata, diharapkan bukan setakat itu sahaja portfolio yang akan mentadbir negara sebaliknya kerajaan juga mewujudkan kementerian bagi mengukuhkan martabat agama Islam.

“Kerajaan boleh memperkasa jabatan-jabatan agama yang ada demi mempertahankan dan mempertingkatkan lagi peranan meskipun memberi lebih fokus memperkasa ekonomi.

Kita juga berharap institusi-institusi yang berkaitan Melayu dan Islam  seperti Uitm, Mara dan sebagainya juga tidak dibubar atau dimansuhkan supaya tidak menjejaskan jurang antara kaum Melayu dengan bangsa lain,”katanya.

Sementara itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir yang dilantik Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong malam tadi dan berharap proses peralihan kuasa berjalan lancar.

“Tahniah kepada Tun Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan didoakan Tun diberi kesihatan  baik untuk mentadbir negara sebaik mungkin,”katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *