Mufti nasihat jaga akhlak semasa kempen
KUALA LUMPUR 29 April – Bukannya fitnah dan tohmahan, sebaliknya tempoh berkempen yang bermula semalam perlu dimanfaatkan oleh parti-parti politik dengan meyakinkan pengundi mengenai tawaran perkhidmatan serta perancangan masa hadapan.
Dengan pengundi pada era ini adalah lebih matang dan berinformasi, golongan berkenaan pasti menuntut penjela-san tentang hala tuju pentadbiran dan kredibiliti calon dipersembahkan sepanjang tempoh berkempen ini.
Mengulas perkara tersebut, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, semua pihak yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini perlu mengamalkan akhlak Islam dan menjaga kelakuan masing-masing sepanjang tempoh berkempen.
“Parti politik perlu mencontohi kempen produk perniagaan kerana ketika mempromosikan produk mereka, mere-ka akan kemukakan kelebihan produk sendiri, bukan keburukan produk pesaing.
“Begitu juga dalam kempen politik, kemukakanlah kemampuan dan tawaran masing-masing, jangan hanya memburuk-burukkan parti lawan.
“Selain itu, pemimpin dan penyokong perlu menjaga akhlak mereka sepanjang tempoh ini,” katanya ketika dihub-ungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Antara garis panduan berkempen yang diletakkan oleh Mohamad Shukri adalah tidak menggunakan kata-kata yang negatif, tidak menggunakan gelaran yang buruk, dilarang untuk mendedahkan keburukan peribadi calon dan tidak menyebarkan fitnah serta berita palsu. – UTUSAN
KOMEN