Home » Langit Terbuka » India cadang hukuman mati terhadap perogol

India cadang hukuman mati terhadap perogol

Kejadian rogol berkumpulan dan pembunuhan kanak-kanak perempuan di Jammu dan Kashmir mendapat bantahan di seluruh India. Foto outlookindia

NEW DELHI 20 April – India bercadang mengenakan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak selepas rakyat negara ini berang dengan kejadian rogol berkumpulan dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Demonstrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh negara selepas maklumat terperinci tentang pembunuhan kanak-kanak beragama Islam yang dilakukan sekumpulan lelaki Hindu sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap jenayah seksual.

Kerajaan memaklumkan Mahkamah Agung bahawa pindaan Akta Perlindungan Kanak-Kanak Terhadap Kesalahan Seksual (POCSO) bagi menguatkuasakan hukuman mati itu kini `sedang dipertimbangkan’ Kementerian Kehakiman. – AFP

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *