Home » Langit Terbuka » Jangan gantung bendera politik di masjid, sekolah agama

Jangan gantung bendera politik di masjid, sekolah agama

Dalam kerancakan kempen PRU14, setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas. - Gambar hiasan

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak tidak menggantung atau menaikkan bendera, poster atau sebarang propaganda parti politik di kawasan masjid, surau, tanah perkuburan atau mana-mana sekolah agama di negeri ini.

Baginda bertitah dalam kerancakan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas dalam usaha untuk memenangkan parti masing-masing.

“Adalah tidak wajar sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak sensitif dengan permintaan ini,” titah baginda merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Titah baginda, larangan itu juga adalah selari dengan ‘Tujuh Amanat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail’ yang melarang politik dibawa ke masjid di negeri ini.

“Pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid diminta mengambil amanah, menurunkan atau menanggalkan dengan serta-merta tanpa mengira parti jika masih terdapat perkara sedemikian dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam kawasan kariah masing-masing,” titah baginda. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *