KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah membenarkan sekumpulan pelarian memasuki negara ini selepas memintas sebuah bot yang dipercayai membawa pelarian Rohingya dari Myanmar, di bahagian utara Langkawi di Kedah.
Memetik laporan portal Reuters, bot tersebut didakwa membawa 56 pelarian Rohingya yang membuat hentian di selatan Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia dalam keadaan cuaca buruk.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Sri Zulkifli Abu Bakar berkata pelarian Rohingya dari Myanmar itu dibenarkan masuk atas dasar kemanusiaan.
Bot itu dipercayai meneruskan perjalanan dari selatan Thailand ke Malaysia dalam cuaca buruk. – Sumber foto APMM
“Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” kata Zulkifli. – Astro Awani
KOMEN