ANKARA: Turki mengarahkan penahanan ulama Fethullah Gulen dan tujuh yang lain kerana didakwa terbabit dalam insiden pembunuhan duta Russia ke Turki, Andrei Karlov pada 2016, kata akhbar Haberturk.
Insiden berkenaan berlaku sehari sebelum Presiden Russia, Vladimir Putin melawat negara itu.
Karlov ditembak mati oleh seorang polis yang tidak bertugas ketika sedang berucap di majlis pembukaan sebuah pameran di sini.
Suspek turut ditembak mati oleh polis di tempat kejadian.
Sebelum kejadian, Putin tiba untuk melakukan lawatan dua hari dan akan bertemu dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Turki, Hassan Rouhani
Difahamkan ketiga-tiga negara berkenaan adalah penjamin rundingan damai Astana yang menubuhkan zon selamat di seluruh Syria.
Haberturk berkata, pihak berkuasa mengarahkan penahanan lapan tertuduh kerana ia dilakukan mengikut perintah mereka.
Katanya, setakat ini, pihak berkuasa menahan tujuh orang termasuk tiga anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan itu. – Reuters
KOMEN