Home » Langit Terbuka » Iktikaf di atas bumbung Masjid Nabawi sahaja

Iktikaf di atas bumbung Masjid Nabawi sahaja

Kira-kira 10, 000 mutakif bakal menikmati kemudahan di atas bumbung Masjid Nabawi di Madinah pada bulan Ramadan ini.

MADINAH 1 April – Para jemaah dibenarkan beritikaf iaitu bersendirian dan tinggal di masjid untuk beribadah semasa bulan Ramadan hanya di atas bumbung Masjid Nabawi di sini.

Menurut laporan Saudi Gazette, Emir Madinah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Madinah, Putera Faisal Salman telah meluluskan cadangan jawatankuasa berkenaan untuk menyediakan bumbung masjid berkenaan untuk beritikaf dan memperuntukkan tingkat bawah masjid itu bagi bersembahyang sahaja.

Seramai 10,000 mutakif (me­reka yang melakukan itikaf) bo­leh memanfatkan kemudahan itu semasa bulan puasa, yang bermula pada Mei ini.

Putera Faisal yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, menekankan ke­pen­tingan usaha menangani ke­­san negatif salah laku sesete­ngah pengunjung Masjid Nabawi semasa bulan Ramadan, seperti mengambil barangan peribadi di dalam masjid dan meletakkannya di tempat yang salah, menyebabkan jemaah berasa tidak selesa dengan menyerakkan helaian kertas di kawasan khas sembahyang dan tidur di situ serta tidak mematuhi garis panduan berhubung itikaf.

Emir juga mengarahkan satu pasukan kerja ditubuhkan bagi membangunkan sebuah meka­nisme bersepadu untuk me­ngawal selia proses pendaftaran jemaah yang hendak melakukan itikaf di Masjid Nabawi.

Terdahulu, Presiden Hal Eh­wal bagi Dua Masjid Suci telah me­lancarkan kemudahan pendaftaran dalam talian untuk je­maah yang ingin melakukan itikaf di Masjidil Haram di Mekah. Kawasan tambahan tingkat bawah tanah Masjid King Fahd dikhaskan untuk itikaf.

Itikaf adalah amalan baik yang disunatkan di masjid terutama 10 hari terakhir Ramadan yang merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baginda menggalakkan umat Islam melakukan itikaf dengan membaca al-Quran, menunaikan solat dan mencari berkat daripada Allah SWT.

Para jemaah juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan masjid, menghormati kesucian agama dan tidak melakukan perkara yang mengganggu orang lain.  – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *