Home » Langit Terbuka » 147 polis pantau 75 masjid di seluruh daerah SPU

147 polis pantau 75 masjid di seluruh daerah SPU

Noorzainy (dua dari kiri), Mohd. Hanapi (empat dari kiri) dan Shariful Azhar (tiga dari kanan) ketika pelancaran 1M1P di IPD SPU, Kepala Batas, Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Seramai 147 pegawai dan anggota polis dilantik sebagai pegawai perhubungan masjid serta ditempatkan di 75 buah masjid di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam program Satu Masjid Satu Polis (1M1P).

Mereka terdiri daripada 35 pegawai kanan dan 112 pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, program dengan kerjasana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan masjid di seluruh daerah itu adalah sebagai usaha bagi membanteras kegiatan jenayah secara menyeluruh.

“Ini bagi memastikan pihak pengurusan masjid dapat menyampaikan aduan dan maklumat terus kepada anggota atau pegawai polis sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah di dalam atau di luar kawasan masjid.

“Pihak polis bukan sahaja melakukan pemantauan berterusan dan memberi ceramah berkaitan trend jenayah semasa di masjid, malah turut terlibat dalam program yang dilaksanakan pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program 1M1P di Dewan Bunga Raya IPD SPU, Kepala Batas di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Hanapi Mohd. Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Shariful Azhar Othman dan Pegawai Tadbir Agama Islam Kepala Batas, Salehuddin Sulaiman. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *