Home » Langit Terbuka » Penceramah bebas skandal isteri orang?

Penceramah bebas skandal isteri orang?

Datuk Muhamad Zaki Harun

POLIS mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas dari Negeri Sembilan yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan polis yang dibuat di Johor Bahru semalam dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul.

“Kita akan memanggil pengadu yang kini berada di Johor Bahru dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai dakwaannya terhadap penceramah terbabit.

“Polis memberi jaminan siasatan akan dilakukan dalam semua sudut dan kita akan berlaku adil kepada semua pihak,” katanya selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-211 Kontinjen Negeri Sembilan di Padang Kawad Sekolah Latihan Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh individu yang mendakwa penceramah bebas terbabit mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang juga isteri orang. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *