Home » Langit Terbuka » Remaja tampar tentera Israel dipenjara 8 bulan

Remaja tampar tentera Israel dipenjara 8 bulan

Ahed Tamimi ditahan oleh polis Israel kerana menampat tentera Israel. Foto ABC

ISRAEL – Remaja Palestin yang ditahan selepas menampar tentera Israel dihukum lapan bulan penjara.

Ahed Tamimi berusia 17 tahun ketika ditahan pada Disember tahun lalu selepas video beliau menampar dan menyerang dua tentera Israel di luar kediamannya di perkampungan Nabi Saleh tular.

Hukuman itu dibuat secara tertutup di mahkamah tentera Israel dekat Ramallah mengakhiri kes yang mendapat tumpuan dunia.

Ahed dikenakan hukuman itu dia, termasuk menyerang, kata peguamnya, Gaby Lasky.

Remaja itu juga akan membayar denda sebanyak 5,000 shekels (AS$1,440) dan menerima hukuman penjara lapan bulan lagi.

Ahed berkata, dia terpaksa mengaku bersalah kerana percaya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil, juga menjadi sebab mengapa hukuman itu secara tertutup.

Keputusan mahkamah itu bermakna dia akan dibebaskan pada musim panas ini kerana hukuman itu termasuk semasa beliau ditahan. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *