Home » Langit Terbuka » MyWaqf kumpul RM1.5 juta – Idris

MyWaqf kumpul RM1.5 juta – Idris

IDRIS JUSOH bersama penyumbang MyWaqf yang diusahakan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama agensi-agensinya, universiti awam dan institusi pengajian tinggi lain di Putrajaya, semalam. Foto : Utusan

PUTRAJAYA 20 Mac – Sebanyak RM1.5 juta berjaya dikumpul menerusi program MyWaqf yang diusahakan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya, universiti awam serta institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak­nya mengorak langkah mewujudkan usaha murni itu dalam tempoh tidak sampai sebulan menerusi penglibatan para akademik dan warga kerja IPT.

Menurutnya, program itu merupakan antara langkah yang diambil untuk memupuk budaya memberi sumbangan dalam kalangan orang ramai melalui amalan berwakaf.

“Tidak kira sama ada nilai diwakafkan banyak ataupun sedikit, tetapi ia berupaya membawa manfaat kepada golongan memerlukan termasuk bukan beragama Islam.

“Pada masa sama, pemberi sumbangan sendiri akan menerima keberkatan yang berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran MyWaqf di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr. Mary Yap Kain Chin dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ain Mohd. Nur.

Sementara itu, Idris menjelaskan, amalan berwakaf dapat memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara ke arah mencapai kemampanan kewangan se­perti yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

“Sumbangan ini antara lain boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kebajikan, biasiswa pendidikan dan pembiayaan geran penyelidikan.

“Kita mengambil model se­perti satu projek pembangunan tanah wakaf di Kuala Lumpur di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan apabila manfaatnya dikembalikan semu­la untuk memperkasa ekonomi ummah,” katanya.- UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *