Home » Langit Terbuka » Wanita berhijab mohon maaf selepas kontroversi makan ‘daging babi’

Wanita berhijab mohon maaf selepas kontroversi makan ‘daging babi’

Arsy Hallawi dengan bangga menunjukkan dia sedang memakan daging masak kicap yang didakwanya babi di dalam videonya. - Foto Facebook / Yayah Ridho

SEORANG wanita warga Indonesia tampil memohon maaf selepas mencetuskan kontroversi video ‘makan daging babi’ di media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Arsy Hallawi memuat naik video berkenaan dan mendakwa bahawa daging yang dimakannya itu sebenarnya ialah daging ayam.

“Saya meminta maaf atas kelakuan dan kata-kata saya yang menuduh pekerja Indonesia di Singapura, Hong Kong dan Taiwan memakan daging babi,” katanya.

Menurutnya, daging ayam dan kulit ayam yang putih itu sengaja diletakkan kicap untuk mengelirukan orang ramai.

Arsy mendakwa dia sengaja memuat naik video itu kerana mahu netizen melupakan video di mana dia dituduh cuba merampas suami orang.

“Walaupun kejadian itu sudah lama, tetapi ia tetap memberi tekanan kepada saya,” katanya dalam video berkenaan.

Arsy sebelum ini menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dia memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan dia sedang makan sejenis daging dimasak kicap yang didakwanya babi.

“Saya sedang makan kerana saya lapar, saya masak daging babi. Ini bahagian paha yang masih muda, jadi dagingnya lembut dan tidak keras,” kata Arsy dalam video yang tular itu.

Wanita berhijab yang dipercayai bekerja di Hong Kong itu turut menuduh warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura sebagai berbohong jika mereka tidak pernah makan daging babi. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *