Home » Langit Terbuka » Kes tangkapan khalwat Jawi: tertuduh dihukum denda buat aduan palsu

Kes tangkapan khalwat Jawi: tertuduh dihukum denda buat aduan palsu

Imbas kembali, saman dikemukakan oleh pasangan tersebut terhadap Jawi pada 17 Februari 2017.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Ridhuan Giman dengan denda sebanyak RM1500 atau empat (4) bulan penjara. Keputusan tersebut dibuat Mahkamah Majistret disini pada 26 Februari lalu atas kesalahan membuat aduan palsu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengenai satu kes khalwat.

Hasil siasatan oleh pihak polis, pasangan yang diadu sedang berkhalwat itu sebenarnya adalah dirinya sendiri dan isteri. Mohd Ridhuan dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun keseksaan (Maklumat Palsu)

Penguatkuasa Jawi dikecam teruk

Negara pada ketika itu digemparkan dengan satu kes mengenai tuduhan terhadap penguatkuasa Jawi kononnya berlaku kasar terhadap tertuduh ketika siasatan khalwat disebuah hotel bajet di Kuala Lumpur pada Januari 2017.

Apa yang menariknya, saman dikemukakan oleh pasangan tersebut terhadap Jawi pada 17 Februari 2017.

Berita tersebut diolah dengan pelbagai tajuk sensasi oleh media-media pro Pakatan Harapan dengan tujuan menggagalkan Himpunan RUU355 (H355) yang diadakan di Padang Merbok pada keesokannya iaitu pada 18 Februari tahun lalu.

Setelah sekian lama pihak Jawi memendam dan menelan segala kecaman terhadap mereka, kini telah terbukti bahawa segala yang berlaku adalah satu yang terancang dalam usaha serangan persepsi bagi memburukkan institusi Islam di negara ini.

Saman terhadap Jawi telah ditarik balik

Mohd Ridhuan Giman dan isterinya yang memfailkan saman pada Februari tahun lalu telah menarik balik saman mereka terhadap penguatkuasa Jawi pada 4 Januari tahun ini.

Walaubagaimanapun berita penarikan balik saman mereka terhadap Jawi tidak sehebat dan panas sebagaimana berita mereka memfailkan saman dahulu.

Sampai bilakah umat Islam di negara ini akan terus dipermainkan dengan serangan dan keganasan persepsi yang buruk terhadap institusi Islam. Para pendokong aliran liberalisme dan anti Islam terus bersorak girang tatkala usaha mereka menggunakan umat Islam sendiri untuk menyerang agensi Islam dilihat berjaya.

Ridhuan Giman akan dibicara bagi satu lagi pertuduhan

Satu lagi perbicaraan ke atas Mohd Ridhuan akan berlangsung pada 3 April hadapan, kali ini beliau mengahadapi pertuduhan menghina Undang-undang Islam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. – MYEHWAL

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *