Home » Langit Terbuka » PPIM tak pernah ambil duit pengadu

PPIM tak pernah ambil duit pengadu

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak pernah mengenakan caj kepada mana-mana individu yang datang untuk mengadu masalah kepada mereka termasuk dalam kes berkaitan dengan ceti haram atau ah long.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, selagi masalah pengadu boleh diselesaikan sendiri oleh PPIM, mereka akan terus berurusan dengan mana-mana pihak seperti syarikat-syarikat kewangan dan bank bagi membolehkan kesulitan yang dialami pengadu dapat dipermudahkan.

Namun, katanya, terdapat permasalahan yang rumit seperti kes ah long dan kes yang melibatkan undang-undang di mana pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak luar khususnya peguam bagi membantu pengadu.

Menurut Nadzim, PPIM mempunya panel peguam contohnya Biro Undang-Undang mereka di mana terdapat 25 orang peguam dari lima kumpulan peguam yang berbeza.

” Bila melibatkan perkhidmatan guaman, sudah tentu adakalanya melibatkan kos tetapi PPIM sentiasa mengingatkan panel kita agar mengenakan caj yang rendah, lebih rendah daripada caj yang dikenakan peguam luar.

”Dalam kes besar macam kes ah long, ia bukan mudah, ia rumit, nak kena berunding, nak kena itu nak kena ini, ada agensi yang memang pakar dalam mengendalikan perkara ini, jadi kita syorkan pengadu pada agensi terlibat, mereka caj dalam 10 persen sebab nak bayar staf mereka, kos minyak dan sebagainya. Ada juga agensi lain yang buat kes macam ni, mereka caj lagi tinggi berbanding yang bersama dengan kita.

” Kita ni membantu memudahcara, banyak juga kes yang kita kendalikan sendiri pun tanpa perlu agensi lain, cuma kalau benda-benda yang kita tak mampu selesaikan, kita syorkanlah agensi-agensi sebegini, caj itu agensilah yang kenakan, PPIM tak ambil satu sen pun,” ujarnya dipetik daripada portal https://theRakyat.com.

Nadzim diminta mengulas dakwaan empat bekas kakitangan PPIM dalam sidang media khas mereka yang mendedahkan modus operandi yang didakwa digunakan oleh persatuan itu untuk menjana keuntungan hasil pembayaran pinjaman ah long.

Wakil kumpulan itu, Syed Alwi Al Hadad Syed Mustaffa mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long. Sidang media tersebut untuk membersih nama selepas Pengarah UTK PPIM, Yusuf Azmi membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan Nadzim dan PPIM Keramat.-MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *