PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi menegaskan bahawa usaha yang dilakukannya di Baitulmaqdis adalah satu langkah yang tidak pernah dapat dilakukan presiden sebelum ini.
Sambil menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar, Trump turut menegaskan bahawa Palestin perlu bersedia ke meja rundingan bersama Israel selain menerima hakikat itu.
Jika tidak tegas Trump, Palestin tidak akan bertemu dengan keamanan.
“Ia adalah kesukaran terbesar yang ada pada sesiapa sebelum ini, anda telah melihatnya lebih dari 25 tahun, tiada siapa yang dapat melepasi isu nombor satu, iaitu Baitulmaqdis.
“Mereka (presiden sebelum ini) tidak dapat menanganinya tetapi kami berjaya membawa ke meja rundingan.” jelasnya.
Menurut Trump apa yang telah dilakukannya tahun lalu adalah bagi membuka jalan perdamaian antara Palestin-Israel
“Orang-orang Palestin, saya rasa mereka mahu kembali ke meja rundingan,
“Namun jika mereka tidak inginkan rundingan terbabit, Palestin tidak mungkin mempunyai pendamaian. Anda (Palestin) tidak mungkin mempunyai pendamaian kerana itu juga kemungkinan,” tambahnya.
Jelas Trump lagi setelah keputusan tahun lalu itu dibuat, hubungan Washington-Tel Aviv dilihat semakin erat. – ASTRO AWANI
KOMEN