ALLAH menciptakan manusia sama ada lelaki atau perempuan dengan tujuan untuk beribadat (tunduk) kepada kekuasaan- Nya.
Di dalam hadith, pondan ini disebut dengan istilah al-mukhannathin yang bermaksud lelaki yang menyerupai perempuan, manakala perempuan yang menyerupai lelaki disebutkan dengan istilah al-mutarajjilat.
Kecelaruan Jantina
Kedua-dua golongan ini biasanya tidak diterima dalam komponen masyarakat. Mereka turut dilabelkan sebagai tempat maksiat yang sinonim dengan dunia malam menawarkan seks di lorong gelap. Mereka turut menerima ejekan dan dipandang serong disebabkan keanehan & keganjilan dalam perilaku dan berpakaian.
Menurut Imam Nawawi, mukhannath terbahagi kepada dua jenis iaitu kelahiran semulajadi dan keinginan yang dibuat-buat. Golongan pertama ini adalah golongan yang semenjak dari lahir lagi dan bukan sengaja berusaha untuk berakhlak seperti perempuan dalam berhias, berbicara dan bergaya. Mereka ini terhindar daripada mendapat celaan serta hukuman daripada Allah.
Manakala golongan kedua ialah lelaki yang mencontohi sifat perempuan dan berusaha ke arah berakhlak, bergerak, berbicara dan berhias seperti perempuan. Sifat seperti ini adalah tercela, berdosa dan mendapat hukuman daripada Allah S.W.T.
Mukhannath dan khunsa adalah suatu istilah yang berbeza dari segi biologinya. Apa yang dimaksudkan dengan khunsa ialah insan yang memiliki dua jantina berbeza jenis sejak lahir ataupun sewaktu lahir atau juga selepas daripada kedua-dua period ini.
Pondan di Zaman Nabi
Fenomena pondan (mukhannath) bukannya muncul pada zaman era kemodenan seperti yang dikecapi pada hari ini, tetapi golongan ini sudah wujud pada zaman Nabi SAW lagi.
Pondan pada zaman Nabi S.A.W ada yang memang asli (tidak dibuat-buat dan semulajadi) secara umum tidaklah membahayakan bagi seorang perempuan, sehinggakan para isteri Nabi tidak khuatir akan kehadiran mereka.
Walaubagaimanapun, Nabi SAW bersikap berwaspada iaitu dengan melarang mereka untuk bergaul dengan para pondan (mukhannath) tanpa ada hijab yang membatasinya. Oleh itu, Nabi SAW telah memberikan satu pengkhususan kepada golongan pondan iaitu mereka tidak boleh bergaul dengan masyarakat, kecuali sehari dalam seminggu sahaja iaitu pada hari Jumaat.
Hadis yang menyatakan Rasulullah melaknat Pondan (mukhannath)
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ (رواه البخاري)
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Rasul SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki (H. R. Bukhari).
Menurut An Nawawi, hadis ini ditujukan kepada pondan yang sengaja menyerupai perempuan dan dia memilih dengan sifatnya itu.
Perintah Nabi untuk mengusir Pondan
حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ يَحْيَى ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فُلاَنًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلاَنًا. (رواه البخاري).
Dari Ibnu Abbas semoga Allah meridhai keduanya: Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan daripada kalangan lelaki dan melaknat orang-orang yang menyerupai lelaki daripada kalangan perempuan, lalu Nabi SAW mengatakan: keluarkanlah (usir) mereka dari rumah-rumah kamu, maka Nabi SAW mengeluarkan Fulan dan Umar mengeluarkan Fulan (H.R. Bukhari).
Fenomena pondan pada masa Rasulullah S.A.W
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة ، حدثنا وكيع ، عن هشام بن عروة ، عن أبيه ، عن زينب بنت أم سلمة ، عن أم سلمة ، أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل عليها ، فسمع مخنثا وهو يقول لعبد الله بن أبي أمية : إن يفتح الله الطائف غدا ، دللتك على امرأة تقبل بأربع ، وتدبر بثمان ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أخرجوه من بيوتكم. (رواه ابن ماجة)
Dari Ummu Salamah, bahawa Nabi saw masuk bersama Ummu Salamah, lalu Nabi mendengar suara seorang yang mukhannath (lelaki yang menyerupai perempuan), kemudia Nabi berkata kepada Abdullah bin Abi Umayyah: jika Allah membukakan satu golongan besok, saya akan menunjukkan kepadamu kepada empat golongan perempuan yang diterima dan lapan golongan yang ditolak, setelah itu Nabi bersabda: keluarkanlah dia (mukhannath) dari rumah-rumah kalian (H.R Ibnu Majah).
Kedua-dua hadith di atas menunjukkan sikap Nabi S.A.W terhadap pondan (mukhannath)yang ada pada zaman Baginda. Rasulullah SAW menyarankan supaya mengusir mukhannath dari rumah-rumah mereka kerana dikhuatiti mereka melakukan perbuatan buruk kepada perempuan.
Hadith yang menerangkan supaya mengasingkan pondan
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاَءِ أَنَّ أَبَا أُسَامَةَ أَخْبَرَهُمْ عَنْ مُفَضَّلِ بْنِ يُونُسَ عَنِ الأَوْزَاعِىِّ عَنْ أَبِى يَسَارٍ الْقُرَشِىِّ عَنْ أَبِى هَاشِمٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أُتِىَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَبَ يَدَيْهِ وَرِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَا بَالُ هَذَا ». فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ. فَأُمِرَ بِهِ فَنُفِىَ إِلَى النَّقِيعِ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلاَ نَقْتُلُهُ فَقَالَ « إِنِّى نُهِيتُ عَنْ قَتْلِ الْمُصَلِّينَ » (رواه ابو دود)
Dari Abu Hurairah semoga Allah meredhainya, bahawa Nabi SAW bersabda didatangkan seorang mukhannath (pondan) yang telah diwarnai kedua tangan dan kakinya dengan inai, lalu Nabi saw bertanya, “ ada apa dengan orang ini? Lalu dijawap, dia menyerupai perempuan wahai Rasulullah, maka Rasul saw memerintahkan untuk mengasingkannya ke “Naqi’” mereka bertanya kepada Rasul saw, adakah kami harus membunuhnya? Rasul saw menjawab “ saya dilarang untuk membunuh orang-orang yang melaksanakan solat.(H. R Abu Dawud).
Daripada hadith di atas, boleh difahami bahawa tidak boleh membunuh seseorang yang menyerupai perempuan. Apa yang diharuskan oleh Rasulullah SAW ialah mengasingkannya ke tempat lain bertujuan mengelakkan kelakuan mereka daripada pandangan umum masyarakat, dan dengan pengasingan itu supaya mereka bertaubat dengan songsang itu.
Hukum Mukhannath Menurut Hadith
Daripada hadith-hadith yang berkaitan dengan pondan, ada beberapa hukum yang dapat diambil sebagai ketetapan bagi hukum bagi mereka. Antaranya:
- Pondan yang memiliki ketertarikan pada wanita, maka tidak ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang haramnya dia bergaul dengan wanita dan memandang mereka (wanita).
- Pondan yang semula jadi, khilaf dalam kalangan ulama tentang hukum mereka melihat perempuan. Di kalangan mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian Hanafi memberikan keringanan kepada pondan yang seperti ini, kebolehan melihat perempuan, berdasarkan ayat, surat An-nur: 31:
أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ
Sedang menurut Asy-Syaf’i mereka tetap tidak boleh melihat perempuan, berdasarkan hadith:
أن النبي صلى الله عليه وسلم دخل عليها ، فسمع مخنثا وهو يقول لعبد الله بن أبي أمية : إن يفتح الله الطائف غدا ، دللتك على امرأة تقبل بأربع ، وتدبر بثمان ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أخرجوه من بيوتكم. (رواه ابن ماجة).
- Pondan diasingkan ke daerah lain atau suatu tempat dengan harapan supaya dia bertaubat di atas kelakuannya dan tidak menyebarkan kepada orang lain.
- Tidak diterima persaksian seorang pondan (mukhannath) kerana mereka tergolong sebagai seorang yang fasiq. Lebih-lebih apabila dia melakukan liwat, sebagaimana disebutkan di dalam hadith Rasul SAW:
عَنَ اللهُ من عمِلَ عَمَلَ قومِ لُوطٍ ،لعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قوْمِ لوطٍ ، لعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قومِ لوطٍ
- Perlunya memberikan pendidikan kepada mukhannath supaya kembali menjadi seorang lelaki yang sesungguhnya, kerana perbuatan mencontoh perilaku perempuan, baik dari segi pakaian, cara gerak, cara berjalan dan lain-lain adalah merupakan perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW, kerana mereka menyerupai perilaku perempuan.Sama ada mereka adalah mukhannath atau mutarajjilat, kedudukan mereka dalam Islam tetap sama.
Gerakan golongan ini dalam usaha membenarkan kewujudan mereka dalam negara dilihat semakin agresif. Malahan mereka turut cuba mencari ayat Al-Quran dan Hadith bagi mengaitkan kewujudan golongan ini diakui Islam.
Mereka kini bersatu di bawah kelompok besar iaitu LGBT. Apakah kita menyedari kehadiran dan kegiatan mereka? – MYEHWAL
KOMEN