SATUÂ kajian telah dilakukan mengikut sebuah peranti pengira langkah digital yang dimuat naik di telefon pintar mengesan aktiviti berjalan kira-kira 700,000 orang di 46 negara di seluruh dunia.
Kajian itu telah menunjukkan Malaysia berada di tangga nombor 3 sebagai rakyat yang paling pemalas berjalan.
Standford University telah menjalankan kajian itu dan menunjukkan rakyat Malaysia hanya berjalan 3,943 langkah sehari berbanding Hong Kong yang berjalan kira kira 6,880 langkah sehari.
Seorang profesor, Scott Delp yang mengetuai penyelidikan itu berkata kajian yang telah dilakukan itu adalah 1,000 kali lebih besar daripada kajian yang dijalan sebelum ini mengenai pergerakan manusia.
Sepatutnya sebagai langkah harian biasa manusia adalah 4,961 (4km), namun banyak negara yang berada di bawah anggaran itu mengikut jumlah berjalan termasuklah negara seperti Kanada, Australia, New Zealand.
Selain Malaysia, Saudi Arabia dan Indonesia antara negara yang berada pada tahap paling sedikit jumlah berjalan kaki sehari.
Penyelidik berkata kebanyakkan orang yang biasa berjalan banyak setiap hari adalah negara yang kurang obesiti. Apabila rakyat negara yang kurang berjalan setiap hari menunjukkan negara itu rakyat yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi.
Menerusi kajian itu menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai paras obesiti yang membimbangkan. Memang tidak dinafikan memang Malaysia adalah negara paling ramai rakyat obesiti di rantau ini.
Antara sebab rakyat Malaysia boleh berada dalam ketegori ke-3 pemalas berjalan di dunia adalah kerana mejoriti masyarakat menggunakan pengangkutan peribadi seperti kereta dan motosikal untuk pergi ke satu-satu tempat.
Berbanding rakyat Hong Kong dan Jepun, kebanyakkan rakyatnya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. Jarak rumah dari stesen pengangkutan awam yang jauh membolehkan mereka berjalan jauh setiap hari.
Apapun, terdapat banyak kebaikan yang diperolehi dengan mengamalkan budaya banyak berjalan setiap hari selain memberikan kesihatan tubuh badan yang lebih baik.-UTARANEWS
KOMEN