Home » Langit Terbuka » Facebook padam akaun sami Buddha kontroversi

Facebook padam akaun sami Buddha kontroversi

Wiranthu, dalang pergerakan pelampau Buddha Myanmar.

CALIFORNIA: Facebook memadam laman milik sami Buddha yang pernah digelar ‘Bin Laden Buddha’ kerana menyiarkan kenyataan provokatif terhadap umat Islam, ketika ia berhadapan tekanan mengambil tindakan ke atas siaran berunsur kebencian.

Wiranthu, dalang pergerakan pelampau Buddha Myanmar, mengumpul ratusan ribu pengikut di laman sosial itu, menggunakan ia sebagai landasan menyerang penduduk Islam Rohingya.

Hampir 700,000 minoriti Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu susulan kempen ketenteraan di negeri Rakhine yang dikaitkan dengan pembersihan etnik oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Facebook, kelmarin mengesahkan laman Wiranthu sudah dipadam.

“Piawaian komuniti kami melarang pertubuhan dan orang ramai mempromosikan kebencian dan keganasan terhadap orang lain.

“Jika individu kerap berkongsi kandungan mempromosikan kebencian, kami akan mengambil pelbagai tindakan seperti menggantung sementara keupayaan mereka untuk menyiarkan kenyataan dan akhirnya, memadam akaun,” kata jurucakap Facebook dalam emel.

Laman berkenaan dibuang lewat Januari lalu.

Wirathu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan, tetapi dalam video tahun lalu berkata, akaunnya digantung sementara selama 30 hari kerana ‘Facebook dikuasai umat Islam’. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *