Home » Langit Terbuka » Masjid di Singapura edar limau sempena Tahun Baru Cina

Masjid di Singapura edar limau sempena Tahun Baru Cina

Aktiviti mengedar buah limau oleh Masjid Khalid dapat mengeratkan perpaduan di kawasan kejiranan berkenaan.

SINGAPURA – Sebuah masjid di Joo Chiat, di sini  yang dikenali sebagai Masjid Khalid, meneruskan tradisi sejak 20 tahun lalu dengan mengedar buah limau dan minuman kepada penduduk sekitar sempena Tahun Baru Cina.

Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini agak unik kerana jatuh pada hari Jumaat yang merupakan hari penting bagi umat Islam untuk ke masjid untuk bersolat Jumaat.

Tradisi yang dilaksanakan oleh Masjid Khalid itu telah berlangsung sejak sekian lama dan berjalan secara berterusan bagi mengeratkan lagi perpaduan sesama mereka.

Menurut Ketua Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, pihaknya telah melakukan perkara sedemikian  selama dua dekad yang lalu.

Allaudin berkata, inisiatif itu dilakukan dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan yang baik dan untuk memperkuat ikatan dengan tetangganya.

“Hubungan di antara penganut agama di sini sangat baik, Jiran-jiran kami di sini juga tidak merasa terganggu semasa bulan Ramadan yang sesak dan masalah parkir,’’ katanya.

Beliau berkata, hasil daripada hubungan yang rapat  di antara pihak masjid dan kawasan kejiranan itu, banyak masalah kecil dapat diselesaikan dengan mudah tanpa berlaku ketegangan.

“Di sini, setiap jiran telah menjadi teman, dan kami juga saling membantu,” ujarnya. -Mi’raj News Agency (MINA)

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *