LONDON – Pelakon terkenal, Lindsay Lohan kembali muncul dengan mengenakan hijab. Kali ini, dengan busana serba hitam yang dilengkapi dengan penutup kepala, wanita yang disapa Lilo itu menghadiri London Modest Fashion Week, London, pada Ahad lepas.
Bukan hanya mengenakan busana Muslim, pelakon filem ‘Mean Girls’ itu juga menggunakan alat solek berlabel halal.
“Dia sangat cantik dan apa yang dipakai di wajahnya hari ini adalah (kosmetik) halal,” tulis salah satu jenama kecantikan dan dipetik oleh Daily Mail.
Dengan penampilannya ini, khabar angin yang mengatakan Lindsay menjadi mualaf kembali diperkatakan.
Namun, walaupun sudah beberapa kal dikatakan memeluk agama Islam, belum sekali pun Lindsay memberikan pengesahan mengenai kebenaran berita tersebut.
Sebelum ini, Lindsay juga dilaporkan kelihatan membawa Al Quran, dan mengakui sedang mempelajari isi kanduangan kitab suci umat Islam itu. – Poskota
KOMEN