Home » Langit Terbuka » Gereja Sweden sokong azan dikumandangkan

Gereja Sweden sokong azan dikumandangkan

Uskup Fredrik Modeus. Foto : ytimg.com

STOCKHOLM — Muslim tempatan di Vaxjo, Sweden mendapat sokongan gereja setempat untuk mengumandangkan azan.

“Saya menanti-nantikan untuk mendengar azan umat Muslim,” jelas Uskup Fredrik Modeus yang berbicara atas nama gereja, di laman sesawang aboutislam.net.

Modeus berharap, dapat mendengar suara azan di samping lonceng gereja. Beliau juga meminta rakan-rakannya untuk mengenal orang lain yang berbeza agama.

“Ketika telah mengenal mereka, pasti semua orang akan faham bahawa mereka sama seperti orang-orang pada umumnya,’’ katanya.

Menurut Laporan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat, pada tahun 2011, orang Islam di Sweden adalah berjumlah 450,000 hingga 500,000 daripada 9 juta penduduknya.

Pada April 2013 lalu, jemaah Masjid Fittja di selatan Stockholm untuk pertama kalinya mengumandangkan azan.

Peristiwa ini membuat seluruh jemaah masjid menangis terharu dan menyambutnya dengan sukacita.

Yayasan Muslim Vaxjo mengajukan permohonan untuk mengumandangkan azan hanya satu minggu sekali iaitu semasa solat Jumaat.

“Pertama, situasi dan keamanan di daerah ini sedang dikaji, kerana sebelum ini kami tidak pernah memberikankelulusan permohanan seperti itu. Cara pelaksanaan permohonan ini sedang dikaji,” kata jurucakap Jabatan Polis Vaxjo, Pia Ringius.

Di Stockholm, kelulusan untuk azan biasa diberikan untuk masjid adalah satu perkara biasa dan pihak polis Vaxjo akan mengambil kira faktor itu.

Pada kebiasannya umat Islam di Barat sering tidak dapat mengumandangkan azan untuk solat kerana pihak berkuasa tempatan berpendapat suara azan menyebabkan gangguan bising kepada penduduk sekitar.- Republika

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *