Home » Langit Terbuka » Sekitar 50,000 Muslim solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Sekitar 50,000 Muslim solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. (Gambar fail)

AL-QUDS – Walaupun terus ditekan oleh pasukan keselamatan Israel, sekitar 50,000 umat Muslim berbondong-bondong menghadiri solat Jumaat di Masjid Al-Aqa.

Pasukan Israel semakin memperketat penjagaan di sepanjang kota lama Jerusalem dan sekitar tempat suci tersebut.

Dalam khutbahnya, Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Yousef Abu Esnaina menyebutkan fakta keadaan kehidupan orang-orang Palestin yang secara fizikal semakin menderita dan miskin di bawah pendudukan Israel.

“Pasukan Zionis Israel juga semakin keras melakukan pencerobohan dan kekejaman berulang-ulang,” ujarnya, seperti dilaporkan Palinfo yang.

Syeikh Abu Esnaina menekankan kaum Muslimin untuk memperteguh persatuan dan saling melindungi hak asasi manusia. Mi’raj News Agency (MINA)

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *