Home » Langit Terbuka » Aceh haramkan sambutan Hari Valentine

Aceh haramkan sambutan Hari Valentine

Hari Valentine kini diharamkan di Acheh kerana ia bertentangan dengan pelaksanaan syariat Islam. Foto : japantimes

 

BANDA ACEH 13 Feb. –  Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali mengeluarkan amaran bertulis yang menguatkuasakan larangan sambutan Hari Valentine pada Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat selepas sambutan itu didapati bertentangan dengan pelaksanaan syariat Islam di rantau tersebut, maka ia diharamkan, lapor Detik News.

Tambahan pula, hal itu termaktub dalam UU Nomor 44 Tahun berkaitan Penyelenggaran Keistimewaan Provinsi Daerah Istimewa Aceh serta Qanun Provinsi Aceh Nombor 11, Tahun 2002 tentang Pelaksanaan Syariat Islam di bidang aqidah, ibadah dan syiar Islam.

Mawardy turut menasihati masyarakat Aceh untuk membuat laporan sekiranya ada mana-mana pihak yang menganjurkan perayaan itu.

“Kepada semua warga Aceh, kalian tidak dibenarkan untuk menyambut Hari Valentine dan sekiranya terlihat mana-mana pihak yang menganjur sambutan itu, sila segera lapor kepada pihak polis negeri dan pegawai agama tempatan,” ujar Mawardy.

Polis daerah dan pegawai agama di Aceh Besar diminta untuk terus mengawasi setiap kegiatan yang melanggar syariat Islam, adat istiadat dan norma masyarakat Aceh.

Selain itu, Mawardy telah menghantar surat larangan itu kepada semua wakil rakyat di Aceh.

“Kita sudah menerima surat larangan sambutan Hari Valentine dari ketua daerah Aceh Besar. Kita akan lakukan pemeriksaan bagi mencegah sambutan ini dianjurkan pada esok hari,” kata Ketua Syariat Islam Aceh Besar, Carbaini.

Terdahulu, Mawardi telah mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *