Home » Langit Terbuka » Penuhi keperluan industri halal

Penuhi keperluan industri halal

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Kecekapan dan Kapasiti Industri Dagangan Halal Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman di antara Ketua Pegawai Operasi Halal International Selangor, Yang Mulia Raja Datuk Aznil Raja Hisham (kiri) dengan Ketua Pegawai Operasi Kuiscell Sdn. Bhd, Rozalafri Johori (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Kecekapan dan Kapasiti Industri Dagangan Halal Selangor, hari ini. - Foto :  UTUSAN

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Program Latihan Pembangunan dan Kapasiti Industri Dagangan Halal dilancarkan hari ini menjadi inisiatif kukuh untuk meluaskan lagi pasaran halal yang semakin berkembang pesat.

Menurut Pengarah Halal International Selangor (HIS), Datuk Mahmud Abbas, permintaan pasaran halal yang makin mendapat tumpuan seluruh dunia, perlu dimanfaat secara strategik bagi memperkasa ekonomi negara dan golongan usahawan.

Katanya, inisiatif Kerajaan Selangor, mulakan program membina kapasiti industri Halal dan Perdagangan Halalan Toyyiban dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menjadi platform bagi  melestarikan produk halal di samping memupuk kesedaran berkenaan peri penting piawaian halal.

“Usaha yang dirintis melalui Program Persaingan Teknikal Halal (HTCP) ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan industri Halal.

“Melalui komitmen ini, 200 orang pengamal akan dilatih dan diperakui, seterusnya bantu pemain industri di peringkat global membangun produk dan perkhidmatan yang memenuhi aspek piawaian halal,” katanya dalam  Pelancaran Program Pembangunan  Kecekapan & Kapasiti Industri Dagangan Halal, di sini hari ini.

Majlis pelancarannya disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pambangunan Desa dan Kampung  Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus, mewakili Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *