Home » Langit Terbuka » Wanita Arab tidak wajib pakai `abaya’ – Sheikh Abdullah

Wanita Arab tidak wajib pakai `abaya’ – Sheikh Abdullah

Sekumpulan wanita Arab Saudi memakai `abaya' .

DUBAI 10 Feb. – Wanita Arab Saudi tidak wajib memakai `abaya’ atau jubah sebaliknya perlu berpakaian sopan, kata salah seorang anggota Majlis Sarjana Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

Kenyataan Sheikh Abdullah itu dilihat salah satu isyarat terhadap usaha Arab Saudi ke arah pemodenan.

“Lebih 90 peratus wanita Islam yang alim di dunia Islam tidak memakai abaya justeru kita tidak seharusnya memaksa mereka memakai pakaian ini,’’ kata beliau menerusi sebuah rancangan televisyen.

Walaupun kenyataan beliau bukan bertujuan menukar undang-undang namun dilihat sebagai yang pertama seumpamanya daripada tokoh agama terkenal. – Reuters

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *