Home » Langit Terbuka » Pemberontak Syria dihujani bom

Pemberontak Syria dihujani bom

Jumlah kematian meningkat kepada 229 dalam serangan berterusan tentera Bashar.

ERBIN, Syria – Jet-jet pejuang rejim Syria terus mengebom Ghouta Timur menyebabkan jumlah kematian akibat serangan selama empat hari di kawasan pemberontak di pinggir Damsyik meningkat kepada 229 orang.

Menurut kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, pengeboman tersebut merupakan serangan udara terbesar oleh kerajaan sejak 2015.

“Dalam tempoh empat hari, 229 orang terbunuh di kampung-kampung di Ghouta Timur termasuk 58 kanak-kanak dan 43 wanita,” kata ke­tua badan pemantau perang itu yang berpangkalan di Bri­tain, Rami Abdulrahman.

Keganasan turut tercetus di timur Syria kelmarin apabila tentera pakatan dike­tuai Amerika Syarikat (AS) berkata, sekurang-kurangnya 100 orang pejuang protentera Presiden, Bashar al-Assad maut di timur Syria kelmarin ketika melancarkan serangan terhadap sekutu Kurdis mereka.

Pertempuran tersebut menandakan ketegangan baharu antara Washington, yang me­nuduh tentera rejim kerana penggunaan senjata kimia dan Damsyik yang melabelkan insiden di timur Syria sebagai jenayah perang.

Moscow turut membidas serangan pakatan AS dengan duta Rusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia mengatakan dia telah menghantar satu protes mengenai serangan tersebut ketika mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan.

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang.

Di Ghouta Timur yang terletak di timur ibu negara itu dan dikepung sejak 2013, penduduk dilaporkan tidak mampu menguruskan kematian saudara-mara mereka berikutan serangan bom yang tidak berhenti.

“Ia merupakan empat hari yang paling buruk pernah terjadi di Ghouta Timur,” kata Hamza, seorang doktor di klinik Erbin yang merawat kecederaan pesakit-pesakit.

“Sejak 2011 hingga sekarang, saya tidak pernah kelihatan tahap pengeboman yang kami saksikan dalam tempoh 96 jam ini,” katanya.

Perang saudara di Syria menyebabkan hampir 340,000 orang terbunuh. – AFP/Reuters

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *