Home » Langit Terbuka » Masjid diarah hentikan laungan azan Jumaat

Masjid diarah hentikan laungan azan Jumaat

GAMBAR hiasan. Sebuah masjid di barat Jerman tidak lagi dapat melaungkan azan ketika solat Jumaaat. 

BERLIN 3 Feb. – Sebuah masjid di barat laut Jerman mungkin tidak lagi dapat melaungkan azan ketika solat Jumaat dengan menggunakan pembesar suara selepas aduan difailkan oleh sepasang suami isteri diterima di mahkamah tempatan.

Pasangan terbabit yang tinggal kira-kira 1 kilometer dari masjid itu, berpendapat azan berkenaan telah melanggar hak agama mereka sendiri.

Dalam pada itu, pegawai kanan masjid itu, Huseyin Turgut berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah mengecewakan.

“Azan cuma dilaungkan selama dua minit, kira-kira sekitar pukul 1 petang tetapi hanya pada hari Jumaat.

“Kami tidak pernah menerima aduan dan mempunyai jiran yang tinggal lebih dekat iaitu hanya 10 meter sahaja,” katanya. – REUTERS

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *