Home » Langit Terbuka » Nazar suci 320 masjid

Nazar suci 320 masjid

Nor Zairi Zainal (kiri) dan Wan Muhammad Hanafi W. Mohd Dom di hadapan sebuah inap desa ditaja oleh seorang penyumbang dalam misi nazar mereka ke 320 buah masjid.

NAZAR seorang lelaki mengunjungi 320 masjid dengan berbasikal hampir berjaya dilaksanakan apabila dia kini sudah berkunjung 208 masjid dalam tempoh 55 hari sejak memulakan ekspedisi itu Disember tahun lalu.

Nor Zairi Zainal, 33, berkata, dia bernazar demikian kerana berjaya mendapat pekerjaan di sebuah syarikat produksi setelah lama tidak mempunyai pekerjaan.

“Saya pernah hidup susah sehingga terpaksa mengutip sisa makanan di kedai makan dan apabila mempunyai pendapatan, saya berniat membantu orang lain pula,

“Pada 6 Disember lalu saya memulakan perjalanan dari Melaka, Selangor, Johor dan Kelantan  bersama seorang rakan, Wan Muhammad Hanafi W. Mohd Dom, 26 yang mengiringi dengan motosikal,” katanya ditemui di Jitra setelah tiba dari Thailand Isnin lalu.

Dia dan Wan Muhammad Hanafi memasuki Thailand melalui Pengkalan Kubur, Kelantan selama tiga hari dua malam sejauh 347 kilometer.

Katanya, semasa di Thailand mereka singgah di tujuh masjid.

Kisahnya pernah mendapat perhatian netizen selepas tular kerana menjadi mangsa sebuah stesen radio popular yang memperdayakannya dalam satu rancangan pada 19 Disember lalu.

“Rupanya ada hikmah di sebalik insiden itu apabila radio berkenaan bukan sahaja tampil memohon maaf tetapi turut menghadiahkan sebuah basikal bagi saya meneruskan perjalanan kerana sebelum ini saya gunakan basikal milik seorang rakan.

“Malah, banyak sumbangan lain diterima termasuk menaja tempat penginapan,” kata anak keenam dari 13 adik beradik ini.

Esok dia akan berkayuh ke Perlis dan dijangka tiba di lokasi terakhir di Tasik Titiwangsa pada 25 Februari depan. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *