Home » Langit Terbuka » 13 hotel tarik balik larangan bertudung

13 hotel tarik balik larangan bertudung

13 hotel yang didapati melaksanakan SOP larangan bertudung terhadap pekerja wanita beragama Islam bersetuju menarik balik peraturan tersebut. (gambar hiasan). Foto : Berita Harian

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kesemua 13 hotel di Semenanjung yang menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bersetuju menarik balik peraturan tersebut.

Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohammed Shafie BP Mammal berkata, perkara tersebut disahkan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Datuk Mohd. Jeffry Joakim, kepadanya dalam mesyuarat khas di Putrajaya, hari ini.

“Alhamdulillah, 13 hotel yang didapati melaksanakan SOP larangan bertudung terhadap pekerja wanita beragama Islam bersetuju menarik balik peraturan tersebut.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar aduan mengenai isu ini dan berharap tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap pengusaha hotel yang masih berdegil meneruskan peraturan diskriminasi itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Mohammed Shafie mendesak Kementerian Sumber Manusia supaya tidak dan lihat dalam isu larangan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung di sektor perhotelan, sebaliknya mengambil tindakan tegas supaya isu itu selesai segera. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *