Home » Langit Terbuka » UniSZA pelawa orang ramai saksi fenomena gerhana bulan

UniSZA pelawa orang ramai saksi fenomena gerhana bulan

Gerhana bulan penuh yang dijangka bermula pukul 7.25 malam dan berakhir tiga jam kemudian pada 31 Januari. (gambar hiasan)

KUALA NERUS 23 Jan.  – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) pada 31 Januari ini bermula jam 8 malam.

Pengarah Eseri Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata, program mesra komuniti anjuran Eseri UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikkan instrumentasi astronomi yang terdapat di institut itu.

“Sebanyak enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh yang dijangka bermula pukul 7.25 malam dan berakhir tiga jam kemudian.

“Selain itu, turut diadakan ialah taklimat berkenaan fenomena gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan fenomena tersebut. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *