Home » Langit Terbuka »  “Kerja cuci pinggan nak bawa mak naik haji”

 “Kerja cuci pinggan nak bawa mak naik haji”

Mohd Nazri Hassan, 43, yang bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di warung SNSB Maju Enterprise itu hampir 10 tahun lalu.

SETIU 22 Jan.  – “Saya kerja nak tanggung ibu dan simpan duit pergi Mekah (menunaikan haji),” kata seorang Orang Kurang Upaya (OKU) kategori lembam yang ditemui di sebuah warung di bandar Permaisuri, di sini.

Mohd Nazri Hassan, 43, yang bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di warung SNSB Maju Enterprise itu hampir 10 tahun lalu.

Menurutnya, walaupun dia menerima elaun OKU bekerja sebanyak RM400 sebulan, dia tetap mahu mencari duit belanja sendiri.

“Duit gaji campur elaun (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sudah cukup untuk saya belanja dan boleh simpan dalam Tabung Haji (akaun bank).

“Kalau cukup duit nanti boleh pergi Mekah (haji) bawa ibu, Zahani Yusof, 60,” katanya kepada Sinar Harian.

Seawal 6.30 pagi lagi Mohd Nazri sudah mengayuh basikal dari kampungnya, Putera Jaya ke bandar Permaisuri.

Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu tidak terasa apabila sudah biasa berulang alik ke tempat kerja sejak 10 tahun lalu.

Tepat jam 4 petang, setelah selesai melakukan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, Mohd Nazri akan terus pulang ke rumah. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *