Home » Langit Terbuka » Israel lulus undang-undang sukarkan penyerahan Baitulmuqaddis

Israel lulus undang-undang sukarkan penyerahan Baitulmuqaddis

BAITULMUQADDIS 2 Jan. – Parlimen Israel hari ini meluluskan undang-undang yang bertujuan menyukarkan kerajaan rejim zionis menyerahkan beberapa bahagian Baitulmuqaddis kepada Palestin di bawah mana-mana perjanjian damai akan datang.

Rang undang-undang itu yang diluluskan melalui 61 undian dengan 51 menentang merupakan tamparan terbaharu terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Cadangan undang-undang baharu itu dicetuskan oleh Shuli Moalem-Refaeli dari parti Jewish Home, beberapa minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

Kelulusan undang-undang itu juga adalah susulan daripada undian jawatankuasa pusat parti Likud pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memperluaskan penempatan haram Israel di Tebing Barat. – AFP

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *