KUALA LUMPUR 29 Dis. – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul, Afghanistan pada Khamis yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.
“Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan keluarga mangsa yang terlibat,” menurut kenyataan itu. — Bernama
KOMEN