Home » Langit Terbuka » MCCBCHST nafi konsep raja-raja bertunjang Islam – UMMAH

MCCBCHST nafi konsep raja-raja bertunjang Islam – UMMAH

BANGI, 29 Dis. – Dakwaan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) bahawa Perlembagaan kononnya diasaskan atas prinsip sekular adalah tindakan biadab yang tidak bertanggungjawab, serta menafikan konsep kedaulatan Raja-Raja Melayu bertunjangkan Islam.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya berkata, Perlembagaan mempunyai karekter tersendiri yang mendukung kedaulatan berkonsepkan Raja-Raja Melayu dan bercirikan ajaran Islam seperti diperuntukan oleh Perkara 181(1) dan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Lantaran itu, Islam didaulatkan sebagai agama bagi Persekutuan; Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melafazkan sumpah menurut prinsip Islam bagi melindungi pada setiap masa agama Islam; kebebasan beragama diberikan kepada orang-orang Islam termasuklah untuk mengamal, menyebar dan menguatkuasakan undang-undang Islam di mahkamah; dalam pada kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing turut dijamin bagi para penganut agama-agama bukan Islam.

“Kerangka undang-undang di atas secara jelas mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan berkarakter Islam dan itulah kedudukan tertinggi yang dijunjung oleh Perlembagaan negara. Tidak sekali pun istilah ‘sekular’ atau prinsip bagi memisahkan ketatanegaraan dengan agama Islam, ada disebut dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Aminuddin berkata demikian mengulas kenyataan MCCBCHST yang mendakwa sekularisme sebagai asas kehidupan harmoni bagi semua rakyat di Malaysia.

Pertubuhan itu dilaporkan membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Kabinet dianggotai hanya pemimpin Melayu beragama Islam sahaja demi kedaulatan Islam di Malaysia.- ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *