Home » Langit Terbuka » Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau – MB

Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau – MB

KOTA BHARU29 Dis – Kerajaan Pas Kelantan sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Pindaan 2015, atau hukum hudud dan kisas, sepenuhnya di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, pihaknya hanya menunggu “lampu hijau” selepas Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) diluluskan di Parlimen, sebelum ia dapat dikuatkuasakan di Kelantan.

Bahkan, katanya, kerajaan Kelantan setiap tahun membelanjakan RM1 juta bagi melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen sejak RUU 355 diperkenalkan.

“Kerajaan bersungguh-sungguh sebenarnya. Kita peruntukkan RM1 juta setahun bagi memenuhi keperluan asas dan material.

“Kita bergerak peringkat ke peringkat dahulu. Kita sudah pisahkan jabatan dan pendakwaan. Kita buat pindaan tatacara.

“Cuma tinggal apabila lampu hijau, kita buat,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Hududullah peringkat Kelantan di sini pagi ini, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas menjelaskan, pihaknya sudah bersedia ke arah melaksanakan hukum Allah itu sepenuhnya.

Usul RUU persendirian tersebut mula dibentangkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei, 2016.

Kali kedua usul berkenaan dibacakan buat kali pertama ialah pada Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Ke-4 Parlimen iaitu pada 17 Oktober, 2016.

Pada 6 April 2017, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan perbahasan RUU 355 ditangguh ke sidang Dewan Rakyat seterusnya selepas dibentangkan Abdul Hadi.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *