Home » Ensiklopedia » Liga Arab

Liga Arab

Liga Arab memiliki 22 negara anggota. Liga Arab ditubuhkan di Kaherah pada tahun 1945 oleh Mesir, Iraq, Lebanon, Arab Saudi, Syria, Jordan dan Yaman (Yaman Utara, kemudian disatukan di bawah negara Yaman). Ada peningkatan jumlah keanggotaan selama separuh kedua abad ke-20, dengan tambahan 15 negara Arab dan empat pemerhati..
Israel tidak termasuk dalam keanggotaan meskipun 20 peratus dari penduduknya terdiri dari Arab Palestine, hampir setengah penduduk Yahudi juga diturunkan dari orang Yahudi dari negara-negara Arab, dan bahasa Arab diakui sebagai bahasa rasmi.
Chad juga bukan anggota, meskipun bahasa Arab menjadi salah satu dari dua bahasa rasmi, sekitar 12 peratus dari penduduk Chad dikenali sebagai orang Arab dan sekitar 900.000 orang yang berbahasa Arab.
Republik Demokratik Arab Sahrawi juga bukan anggota dari Liga Arab seperti yang diakui oleh hanya beberapa negara Liga Arab, sementara Sahara Barat hanya diakui oleh Liga sebagai bahagian dari Maghribi, yang menguasai hampir 80 peratus wilayah tersebut.
Iran juga tidak dianggap sebagai bahagian dari dunia Arab, kerana majoriti penduduknya adalah orang Parsi, dengan hanya 2 peratus sahaja dari penduduknya yang berasal dari Arab.

Penangguhan sementara keanggotaan
Keanggotaan Mesir dihentikan pada tahun 1979 setelah negara itu menandatangani Perjanjian Perdamaian Mesir-Israel, dan ibu pejabat Liga dipindahkan dari Kaherah ke Tunis. Pada tahun1987, Liga Arab memulihkan hubungan diplomatik dengan Mesir dan negara itu kembali diterima kembali ke Liga pada tahun 1989, dan ibu pejabat Liga dipindahkan kembali ke Kaherah.
Libya dikeluarkan dari Liga Arab pada 22 Februari 2011.[ Pada 27 Ogos 2011, Liga Arab memutuskan untuk mengembalikan keanggotaan Libya dengan akreditasi wakil dari Dewan Transisi Nasional, yang sebahagian diakui sebagai pemerintah interim negara di tengah pengulingan Gaddafi dari ibukota Tripoli.
Pada tanggal 12 November 2011 Liga kembali mengesahkan keputusan yang menangguhkan keanggotaan Syria jika pemerintahan yang berkuasa di negara itu gagal menghentikan kekerasan terhadap demonstrasi sivil yang dimulai sejak 16 November 2011 di tengah-tengah pemberontakan di negara itu. Meskipun demikian, pemerintah Syria tidak menyerah pada tuntutan Liga.
Negara pemerhati
Empat negara yang diterima sebagai pemerhati di Liga Arab, dengan status tersebut memberikan mereka untuk mengekspresikan pendapat dan memberikan nasihat. Keempat-empat negara berkenaan adalah Eritrea, di mana bahasa Arab merupakan salah satu bahasa resmi, serta Brazil dan Venezuela. India adalah pemerhati lain untuk Liga Arab.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *