Home » Citra Yadim » Ketepikan gelaraan, pangkat – Tengku Abdullah

Ketepikan gelaraan, pangkat – Tengku Abdullah

Cari jalan satukan umat Islam, orang Melayu

KUANTAN 19 Ogos – Semua pemimpin dan tokoh agama diminta mengetepikan soal pangkat serta gelaran yang diterima ketika hadir dan menyertai program atau seminar yang membincangkan tentang kepentingan Islam dan orang Melayu.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, segala gelaran atau pangkat tidak membawa makna jika gagal mencari kesepakatan dalam membangunkan masyarakat Melayu dan mempertahankan keagungan agama Islam.

“Penganjuran majlis seper­ti Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mencari kaedah atau pendekatan terbaik dalam memajukan umat Islam dan orang Melayu.

“Kalau boleh kita hadir sebagai orang Melayu dan Islam dan sama-sama mencari buah fikiran bagi dikongsi bersama untuk kebaikan,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang yang bertemakan Pe­ranan Ilmuwan dan Profesional Pahang Dalam Memang­kin Ke­lestarian Dakwah dan Pembangunan Ummah di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid.

Majlis anjuran MDN den­gan kerjasama Muip, Yayasan Pahang dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) itu disertai 250 peserta dari pelbagai agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tengku Abdullah bertitah, Multaqa Ilmuwan dan Profesional Pahang dapat memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi buah fikiran dan cadangan ke arah memang­kin kelestarian dakwah serta pembangunan ummah di negeri ini.

“Saya mengharapkan multaqa ini tidak hanya sekadarseminar, sebaliknya ha­rus direalisasikan dalam bentuk wahdatul amal (kesatuan ge­rak kerja dan tindakan) agar semua pihak dapat menggembleng tenaga dan kepakaran dalam membina kekuatan ummah,” titah baginda.

Sementara itu Mahmood Zuhdi berkata, multaqa itu bertujuan merangka pelan stra­tegik dalam tiga aspek utama iaitu pendidikan, ekonomi dan sosiobudaya demi kesejahteraan rakyat.

“Melalui penganjuran (multaqa) ini, kita harap dapat mengumpul idea bernas ke arah memangkinkan kelesta­rian dakwah dan pembangunan ummah di negeri ini.

“Semua cadangan atau rumusan daripada majlis ini diharapkan dapat menjadi rangka kerja bersepadu ke arah pembinaan masyarakat seimbang dan berdaya saing pada masa akan datang,” katanya.

www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *