Home » Langit Terbuka » Kekalkan roh Islam, Melayu

Kekalkan roh Islam, Melayu

KUALA LUMPUR 31 Julai – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pembangunan semula Kampung Baru mengambil kira usaha mengekalkan roh Islam dan Melayu yang membentuk sejarah serta identiti kawasan berkenaan sejak kewujudannya 113 tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada masa sama, per­ubahan yang timbul berikutan pembangunan semula di Kampung Baru harus dihadapi oleh semua pihak termasuk pemilik dan pewaris tanah.

“Dulu ramai yang akan mengaitkan Kampung Baru adalah Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur adalah Kampung Baru. Ini bermakna, bila orang mahu melihat wajah Kuala Lumpur maka mereka akan melihat Kampung Baru. Kampung Baru cukup rapat identiti dengan Melayu.

“Tetapi apabila kampung ini dikelilingi oleh bangunan pencakar langit, maka kita akan ketinggalan jika tidak ada usaha untuk pembangunan baharu,” kata­nya ketika berucap pada majlis pelancaran projek Residensi Rah Kampung Baru setinggi 39 tingkat dan mengandungi 187 unit kondominium di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, semua pihak tidak boleh hanya bernostalgia kepada sejarah lalu sehingga menyebabkan mereka menepis apa sahaja pembaharuan yang dibawa pada masa kini.

‘‘Kalau kita bernostalgia dengan yang ada dahulu, kita menepis pembaharuan maka tunggulah sesuatu itu menjadi tidak lagi relevan,’’ ujarnya. – www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *