KUALA TERENGGANU 8 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program Gerak Mesra Ramadan pada 31 Mei lalu di sekitar Setiu bagi membantu beberapa keluarga kurang bernasib baik menyambut Ramadan.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, dalam program itu yang mendapat kerjasama daripada badan bukan kerajaan tempatan, Pewanis, sebanyak 12 keluarga telah diziarahi dan mendapat bantuan
“Kami berharap dapat meringankan sedikit beban keluarga ini dalam menghadapi bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama pada ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
“Sumbangan yang disampaikan adalah bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya’’ katanya.
Beliau berkata, program yang dianjurkan itu adalah selaras dengan usaha YADIM untuk menjadi penghubung di antara NGO Islam dan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah kemasyarakatan.
Program berkenaan katanya, juga dapar melebarkan jaringan YADIM dengan NGO Islam di sesebuah  kawasan itu serta secara tidak langsung mempromosi aktiviti dakwah kepada masyarakat melalui kaedah sumbangan
KOMEN