Home » Citra Yadim » Program Penghayatan Saudara Kita Zon Sarawak

Program Penghayatan Saudara Kita Zon Sarawak

KUCHING 5 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sarawak telah mengadakan program Penghayatan Saudara Kita di tiga kawasan penempatan iaitu Bawang Assan, Sibu, Skim B, Sarikei dan Merindun Lubok Antu, Sri Aman pada 20 dan 21 Mei lalu.

Pengurus Eksekutif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, program berkenaan telah mendapat kerjasama daripada Urusetia Saudara Kita kawasan Lubok Antu, Sarikei dan Sibu.

“ Objektif pertandingan adalah untuk menilai prestasi semasa kemajuan saudara-saudara kita yang mengikuti kelas daie YADIM Sarawak di samping memberi ruang kepada para daie mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajar mereka yang perlu diperbaiki,’’ katanya..

Beliau berkata, di antara aktiviti yang dilaksanakan ialah kuiz kefahaman fardhu ain, hafazan surah-surah lazim, kuiz amali solat, pertandingan azan dan tasmik bacaan al-Quran.

Menurutnya, menerusi program yang diadakan itu, para daie YADIM dapat mengenal pasti sebarang kelemahan para saudara kita terutama dari segi ibadah dan dengan itu usaha dapat dilaksanakan bagi memastikan mereka memperbaiki segala kelemahan yang ada itu.

“Pada keseluruhannya, para saudara kita telah menunjukkan perkembangan yang baik dari segi cara mereka melaksanakan ibadat seperti solat termasuk kelancaran bacaan.

“Mereka juga menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk mempelajari al-Quran dan ini seharusnya perlu sentiasa diberi galakan agar mereka terus memantapkan kefahaman agama dari semasa ke semasa,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *