Home » Langit Terbuka » 500,000 tinggalkan Mosul sehelai sepinggang: PBB

500,000 tinggalkan Mosul sehelai sepinggang: PBB

BAGHDAD, 18 April  – Hampir 500,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka sejak tentera Iraq melancarkan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman militan.

Angka itu didedahkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam dengan mendakwa jumlah itu sangat mengejutkan.

Penyelaras kemanusiaan PBB di Iraq, Lisa Grande dalam kenyataan berkata, jumlah orang awam yang masih melarikan diri dari Mosul menunjukkan mereka benar-benar dalam ketakutan.

“Senario terburuk ialah apabila pertempuran bermula yang kemudiannya menyebabkan hampir sejuta orang awam mungkin melarikan diri dari Mosul.

“Ketika ini lebih 493,000 sudah melarikan diri dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya.

Tentera Iraq memulakan operasi ketenteraan terbesar di negara itu pada 17 Oktober tahun lalu dan berjaya menawan bahagian timur bandar Mosul pada Januari.

Namun satu serangan yang dilancarkan bulan berikutnya di Mosul, di barat Sungai Tigris, menyaksikan peningkatan mendadak penduduk yang terpaksa berpindah.

Tentera Iraq mencapai kejayaan signifikan di barat Mosul dalam tempoh dua bulan lalu namun pertempuran paling sukar mungkin menanti dengan militan Daesh yang berlindung di jalan berisiko di Bandar Lama. -Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *