Home » Langit Terbuka » Tiada sijil halal dikeluarkan untuk ‘bir halal’

Tiada sijil halal dikeluarkan untuk ‘bir halal’

KUALA LUMPUR 17 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk minuman ‘bir halal’ atau mana-mana produk yang menggunakan nama atau dikaitkan dengan produk haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penggunaan nama ‘bir halal’ bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard Malaysia (MS1500:2009) yang dijadikan asas kepada Jakim dan jabatan agama Islam negeri (JAIN) dalam pengurusan sijil halal.

“Dalam MPPHM Perkara 4.8 (x) dengan jelas menyatakan bahawa produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim de­ngan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, bir dan seumpamanya adalah tidak layak memohon persijilan halal Malaysia,” katanya menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Menurut Jamil Khir, sesetengah minuman tersebut mendapatkan sijil halal daripada syarikat swasta dan badan persijilan halal dari luar negara dan ada juga yang tidak menggunakan logo halal bagi produk mereka.

Utama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *