PUTRAJAYA 11 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. berhubung karikatur yang dianggap menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini juga dikeluarkan kepada akhbar berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Menurutnya, tempoh tiga hari diberikan kepada penerbit akhbar itu untuk menjawab surat tunjuk sebab dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan.
“Karikatur tersebut mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.
“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan Parlimen dan Islam kerana Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait rapat dengan hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – www.utusan.com.my

Pak Lah: Legasi Anak Ulama & Pemimpin Islam Hadhari
Pada pagi yang hening 14 April 2025, Malaysia kehilangan seorang tokoh besar—Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih mesra disapa “Pak Lah”. Beliau
KOMEN