PUTRAJAYA 6 Mac – Pada 28 Februari lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjungan daripada ahli rombongan Raja Salman yang mengadakan kunjung hormat ke negara ini selama empat hari mulai 26 Februari lalu.
Wakil Arab Saudi itu terdiri daripada Dr Ahmad Jilan dan Dr Rasyid Zahrani dari Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi tiba di Pejabat YADIM di Kompleks Islam Putrajaya, kira-kira pukul 4 petang.
Dalam kunjungan itu, mereka telah diberikan sambutan oleh Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
KOMEN