Home » Citra Yadim » 600 hadir Forum Perdana

600 hadir Forum Perdana

KOTA BHARU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)Kelantan telah mengadakan program  Forum Perdana Ehwal Islam yang dihadiri oleh 600 orang pada 2 Mac 2017 bertempat di Dataran Kolej Poly-Tech Mara (Kptm) Kota Bharu, Kelantan.

Program ini turut dianjurkan bersama oleh Kolej Poly-Tech Mara (Kptm) Kota Bharu, Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Ahli panel bagi program ini terdiri daripada Mudir Pusat Pembelajaran Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tuan Guru Ustaz Nik Mahyuddin Nik Ismail dan Dr. Nik Suhaila  Zakaria dari Hospital Raja Perempuan Zainab Ii Kota Bharu manakala Ustaz Wan Mohd Silmi Bin Hamzah bertindak sebagai moderator.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengurus Besar Operasi YADIM, Encik Mohd Rizal Mohd Rosli YADIM dan Pengarah KPTM Kota Bharu, Encik Mohd Sahidi Yacob.

Secara ringkasnya program ini diadakan bertujuan bagi membincangkan serta mengupas isu-isu yang melanda golongan remaja dan seterusnya sebagai platform perkongsian ilmu dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah anak muda hari ini.

Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan anak muda tentang nikmat kesihatan agar tidak disalah gunakan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *