KUALA LUMPUR 6 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menekan aspek saling hormat-menghormati negara dalam menjaga keharmonian negara.
Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, harus kita berikan tumpuan dalam menjaga kedaulatan dan keharmonian.
“Ini adalah kekuatan yang ada di negara kita yang dibanggai semua orang. “Dan…inilah yang harus kita pertahankan daripada terus dicemari,” katanya di Parlimen, hari ini.
Dalam mesyuarat itu, Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah menyokong segala inisiatif yang dilaksanakan agar sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia dalam memberi pandangan atau apa juga bentuk haruslah disalurkan dengan kaedah yang betul bagi mengelakkan sensitiviti agama.
Katanya, setiap penganut tidak kira agama, mereka perlu meletakkan sensitiviti itu.
“Kita perlu jaga perbatasan kita yang boleh menyebabkan dan merobek hubungan ukhuwah perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Jamil turut berharap semoga kita pertahankan kesucian Islam sebagai agama persekutuan dan dalam masa yang sama agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka. – www.menara.my
KOMEN