Home » Citra Yadim » YADIM kini beroperasi di Putrajaya

YADIM kini beroperasi di Putrajaya

PUTRAJAYA 16 Februari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini beroperasi di Kompleks Islam Putrajaya (KIP) setelah berpindah dari ibu pejabat lamanya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.Perpindahan ke pejabat baru itu sekaligus memberikan imej baru kepada YADIM sebagai sebuah badan dakwah yang sudah berusia hampir 42 tahun dan seiring dengan agensi-agensi agama yang lain yang turut diletakkan di KIP.

Antara agensi yang turut berada di KIP termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan pejabat cawangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pejabat YADIM di KIP kini menempatkan kesemua bahagian termasuk bahagian-bahagian operasi yang kini beroperasi di pejabat berasingan iaitu di Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Sebelum ini, YADIM juga pernah beroperasi di beberapa lokasi lain seperti di Wisma Batik, Kuala Lumpur, dan Jalan Ledang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Pengurus Eksekutif Pasukan Komunikasi dan Media YADIM, Zamzuri Abdul Malik berkata, proses perpindahan telah bermula sejak 13 Februari dan keseluruhan bahagian-bahagian di YADIM akan beroperasi di KIP bermula 20 Februari.

“Untuk tujuan surat- menyurat alamat baharu YADIM adalah seperti berikut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kompleks Islam Putrajaya, Aras 4 Blok D, No. 3, Jalan Tun Razak, Presint 3 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, manakala nombor telefon adalah 03 – 88703870,’’ katanya.

Bagaimanapun katanya, untuk sebarang urusan dan pertanyaan melalui telefon masih boleh dihubungi menggunakan talian lama kami 03-22746089/6090 sehingga akhir bulan Februari 2017 ini.

 

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *