Penduduk Islam, OKU, aktivis berkumpul tanda protes
WASHINGTON 22 Jan. – Hanya dua hari selepas rasmi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS), pelantikan Donald Trump terus mendapat bantahan jutaan penunjuk perasaan dari seluruh dunia termasuk 1.35 juta wanita negara ini yang berarak di Los Angeles, New York, Chicago, Denver dan Boston.
Selain orang awam, bantahan yang merebak ke beberapa bandar lain di seluruh dunia dengan leÂbih 600 perarakan itu turut disertai oleh golongan kurang upaya (OKU), penduduk Islam dan aktivis.
Beberapa selebriti Hollywood turut mengambil bahagian termasuk Madonna, Scarlett Johansson, America Ferrera, Ashley Judd, Gloria Steinem, Micheal Moore dan ramai lagi.
BBC News melaporkan, berbanÂding semalam, jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan hari ini meningkat terutamanya di bandar-bandar utama di negara ini.
Paling mengejutkan adalah kebanjiran golongan wanita di jalanan berikutan rasa tidak puas hati kumpulan aktivis terhadap kempen retorik dan tingkah laku Trump terhadap golongan tersebut.
Menurut penganjur, perarakan berkenaan disertai kira-kira 750,000 orang di Los Angeles, 400,000 berarak di New York dan di Chicago, manakala sebanyak 200,000 menÂyertai perarakan sama di Denver dan Boston.
Ada antara peserta tunjuk peÂrasaan memilih untuk memakai topi dan pakaian berwarna merah jambu yang melambangkan kewanitaÂan sambil membawa sepanduk dan poster menentang pemilihan Trump sebagai Presiden.
Di Britain sahaja, kira-kira 80,000 hingga 100,000 peserta berhimpun dengan sebahagian besar daripada mereka berada di Belfast, Cardiff, Edinburgh, Leeds, Liverpool, Manchester dan Bristol.
Selain Britain, bandar lain di Eropah yang turut mengambil bahagian dalam perarakan bagi meÂnyatakan bantahan itu termasuklah Barcelona, Rom, Amsterdam, Geneva, Budapest, Prague, Berlin dan Paris.
Tunjuk perasaan di Australia, New Zealand dan beberapa negara Asia lain pula dikatakan berlangsung kelmarin.
KOMEN