KUALA LUMPUR 19 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Majlis Dakwah Negara (MDN) mempelawa golongan belia berumur di antara 18 dan 30 tahun menyertai program pementoran Panel Perpaduan Ummah (PPU).
Melalui program ini golongan belia yang terlibat berpeluang menjadi mentee kepada golongan akademik dan profesional dalam pelbagai bidang yang mengganggotai PPU atau dikenali sebagai G70 iaitu sebuah  kumpulan pemikir MDN.
Program pementoran ini adalah program di bawah Kumpulan Kerja Belia Dan Ilmuan Muda (KKBIM) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Urus setia program, Mashitah Esa berkata, melalui program pementoran ini, para peserta perlu , mendaftar diri dengan pihak urus setia di bawah mana-mana mentor.
“Program ini diadakan secara santai sahaja dan bertujuan merapatkan lagi hubungan di antara golongan belia dan golongan profesional yang secara langsung boleh memberikan input-input berguna berdasarkan pengalaman dan rahsia kejayaan mereka,’’ katanya.
Beliau berkata, dengan adanya program pementoran ini, golongan muda akan dapat banyak manfaat melalui perkongsian ilmu dengan para mentor yang terdiri daripada pelbagai golongan profesional dan akademik.
Menurutnya, program ini diharapkan dapat membakar semangat golongan muda agar mereka juga berusaha menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang sebagaimana mentor-mentor mereka.
“Pelaksanaan ini bergantung kepada persetujuan mentor dan mentee untuk berjumpa dan ini sekaligus mereaslisaikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi,’’ katanya.
Beliau berkata, program pementoran ini diharapkankan mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan pemimipin  negara pada masa hadapan.
PPPUÂ atau G70 adalah kumpulan pemikir MDN yang dianggotai oleh individu terkenal dan pakar dalam pelbagai bidang seperti keilmuan, kepimpinan, kemahiran dan sebagainya.
G70 kini dipengerusikan oleh tokoh korporat, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, sementara Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,  Tan Sri Dr. Abd Rahman Arshad  sebagai  Timbalan Pengerusi, manakala Datuk Dr. Mohd Ghazali M.Noor sebagai Setiausaha Kehormat PPPU-MDN.
Sementara pengerusi kumpulan kerja terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (Pengerusi Kumpulan Kerja (KK) Memperkukuh Institusi Raja), Mantan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi KK Dialog Antara Pemimpin dan Parti Politik), Mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,  Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (Pengerusi KK Belia dan Ilmuwan Muda), tokoh ilmuan, Dato’ Wira Dr. Ismail Ibrahim (Pengerusi KK Media dan Publisiti), Profesor Khas Kursi Kesejahteraan, Universiti Islam Malaysia, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin (Pengerusi KK Mobilisasi Masyarakat Madani) dan mantan Yang Dipertua YADIM, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (Pengerusi KK Penyusuran Akar Umbi).
KOMEN