YANGON, 13 Januari – Lagi penindasan terhadap etnik Islam Rohingya apabila rumah yang didiami mereka diroboh oleh tentera Myanmar.
Dilaporkan 40 buah rumah Rohingya di kampung-kampung sekitar Maungdaw, Rakhine dimusnahkan ketika penghuninya tiada.
Sebanyak 36 buah rumah dirobohkan di Kampung Zam Bonnia manakala empat lagi di Kampung Mirullah.
Media melaporkan, tindakan itu dilakukan oleh tentera Myanmar dan dibantu oleh militan Buddha.
Seorang penduduk, Saeedul Amin Habib cedera di beberapa bahagian badan selepas cuba mempertahankan rumahnya.
Dia juga dipukul atas sebab tidak mampu membayar wang kepada pasukan keselamatan bagi mengelak kediamannya daripada dimusnahkan.
Selain itu seorang Peniaga, Mohammed Noor berkata, polis sudah banyak kali merobohkan rumah penduduk termasuk kedainya tanpa memberikan alasan kukuh. – Agensi
KOMEN